Sebelum ini, ada yang menunjukkan cara dengan menggunakan shortcuts pada iOS akan tetapi sebenarnya cara itu agak susah sedikit.
Oleh itu, di sini kami mengajar anda bagaimana untuk memuat turun video dari media sosial seperti Twitter, Facebook mahupun Instagram dan yang paling penting ia adalah mudah dan percuma.
Mula-mula, anda perlu membuka App Store dan cari aplikasi Explore: Download via Link atau buka sahaja pautan ini.
Setelah siap memasang aplikasi, ikuti langkah ini untuk memuat turun video. Sebagai contoh, kami memuat turun video dari Facebook. Pilih video yang ingin dimuat turun dan klik share
Klik more options dan copy
Seterusnya, anda hanya perlu paste di aplikasi tersebut pada ruangan ini dan tekan download
Video yang telah dimuat turun akan terus tersimpan dalam Photos di iPhone anda.
Untuk video pada media sosial lain, sama sahaja langkahnya. Anda hanya perlu copy link video tersebut dan muat turunnya pada aplikasi ini.
Itu sahaja yang dapat dikongsikan kami. Anda kini tidak perlu pening kepala dan boleh terus memuat turun video kegemaran dan berkongsi di status Instagram atau WhatsApp.
Selamat mencuba.