Anda boleh dapatkan semula mesej teks, video, gambar dan audio yang dipadam oleh penghantar di aplikasi WhatsApp.
Kadang-kala anda ada menerima mesej WhatsApp daripada rakan. Tetapi tidak lama selepas menerima mesej tersebut dan belum sempat melihatnya, anda dapati mesej yang diterima itu telah dipadam oleh si penghantar.
Menyebabkan anda tidak mengetahui kandungan mesej yang dihantar itu. Jadi, bagi melihat dan membaca mesej tersebut anda boleh dapatkannya dengan memasang aplikasi WhatsRemoved+.
WhatsRemoved+ adalah aplikasi pihak ketiga yang membolehkan pengguna Android melihat kandungan mesej WhatsApp yang dipadam oleh penghantar sebelum si penerima sempat melihat atau membacanya.
Ia tidak terhad hanya pada mesej teks sahaja. Sebaliknya kesemua jenis mesej yang dipadam termasuklah imej, audio dan video boleh diperolehi dilihat dengan memasang aplikasi tersebut ke dalam peranti pintar.
Berikut adalah cara memasang aplikasi WhatsRemoved+ ke dalam peranti Android.
1. Muat turun aplikasi WhatsRemoved+ dari Google Play Store.
2. Sebelum meneruskan pemasangan, rajin-rajinkan diri baca dahulu mesej dari pembangun aplikasi tersebut.
3. Seterusnya, anda diminta memilih aplikasi yang sesuai digunakan dengan WhatsRemoved+.
4. Kemudian, pilih pilihan YES, SAVE FILES atau DO NOT SAVE FILES. Bahagian ini adalah tetapan pilihan sama ada anda mahu menyimpan kandungan mesej yang dipadam itu ke dalam telefon pintar Android anda ataupun tidak.
5. Selesai langkah-langkah di atas, kini anda sudah mula boleh menggunakan aplikasi WhatsRemoved+.
Untuk info lebih lanjut tentang ciri-ciri lain yang ada pada aplikasi ini, layari laman rasmi Google Play.
Berkaitan
- Pengguna Android Berhati-Hati, Perisian Hasad Baru Dikesan Disebar Secara Automatik Melalui Aplikasi WhatsApp
- WhatsApp Kini Sudah Menyokong Panggilan Video dan Audio Sehingga 8 Orang
- Tema Gelap WhatsApp Didakwa Memberi Masalah Kepada Pengguna Buta Warna
- FTC Dilaporkan Sekali Lagi Meminta Facebook Supaya Menjual WhatsApp Dan Instagram
- Ubah Tetapan WhatsApp Ini Segera Bagi Mengelakkan Anda Menjadi Mangsa 'Scam'
- WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
- Paparan Masa Salah Pada Mesej WhatsApp Anda? Ini Cara Betulkannya
- Kini Lebih Meriah, WhatsApp Gandakan Limitasi Jumlah Ahli Grup
- Waspada Mesej Palsu Berkenaan Permohonan i-Sinar Yang Tular Di WhatsApp
- WhatsApp Juara Aduan Kandungan, Paling Banyak Dilaporkan Tahun 2022