Ini Cara Buat Semakan Jika Maklumat Peribadi Anda Terdedah Melalui Kebocoran Data Facebook

Pada hujung Januari yang lalu, sejumlah 553 juta nombor telefon pengguna Facebook dilaporkan telah dijual melalui bot telegram. Semalam, ia kembali hangat diperkatakan apabila data peribadi platform media sosial paling popular itu dibocorkan secara dalam talian dan boleh dimuat turun secara percuma.

Antaranya termasuk nombor telefon, nama, lokasi, status, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat e-mel. Data ini pada asalnya dijual secara private dan Facebook kemudiannya telah menampal kerentanan tersebut.

Bagaimanapun, bagi anda yang ingin menyemak jika maklumat peribadi anda didedahkan melalui kebocoran data Facebook, berikut disediakan cara untuk menyemak serta tindakan yang perlu diambil.

Semak jika maklumat peribadi terdedah


Untuk menyemak jika maklumat peribadi anda telah dibocorkan, layari laman Have I been Pwned.

Kemudian, masukkan alamat e-mel di bahagian carian dan tekan pada "pwned?".

cara semak data bocor

Setelah itu, anda akan melihat jika alamat e-mel yang digunakan turut terlibat dalam kebocoran data atau sebaliknya.

cara semak data bocor

Bagaimanapun, hanya 2.5 juta daripada 533 juta kebocoran data pengguna yang disertakan melalui alamat e-mel. Berikutan itu, anda mungkin mendapati alamat e-mel yang dicari tidak memberi hasil carian yang sepadan.

Pembangun laman web tersebut dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memasukkan nombor telefon bagi mengesan jika data mereka dibocorkan.

Sementara itu, anda boleh mengikuti beberapa langkah di bawah sebagai langkah berhati-hati.

Apa yang perlu dilakukan?


Sebagai langkah keselamatan, anda disarankan untuk menukar kata laluan sedia ada dan mengaktifkan pengesahan dua faktor.

Bagi anda yang belum tahu, pengesahan dua faktor merupakan antara ciri keselamatan bagi membantu melindungi akaun Facebook.

Untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor:




2. Tatal ke bahagian bawah dan di bahagian "Two-factor authentication" klik pada "Edit".

3. Pilih kaedah keselamatan yang anda mahu tambah dan ikut arahan pada skrin.