Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zakat fitrah online

Ini Cara Bayar Zakat Fitrah ‘Online’ Mengikut Negeri Di Malaysia

Diterbitkan April 27, 2021 · Dikemas kini April 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Hari ini, genap dua minggu kita sudah menjalani ibadah berpuasa. Namun, terdapat juga ibadah yang wajib kita harus lakukan semasa bulan ini, iaitu pembayaran Zakat Fitrah.

Disebabkan pandemik COVID-19 dan pergerakan kita agak terbatas, pembayaran Zakat Fitrah susah sedikit untuk dibuat kerana mungkin ramai yang bertarawih di rumah.

Oleh itu, di sini adalah cara bagaimana untuk membayarnya mengikut setiap negeri di Malaysia:

Selangor

  • Klik laman ini
  • Kemudian, klik ‘Bayar Zakat Anda’ pada bahagian Bayar Zakat Online
  • Isi maklumat diri, pilih kaedah pembayaran dan jangan lupa untuk pilih jenis zakat, iaitu Zakat Fitrah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan

  • Klik laman ini
  • Isi maklumat diri
  • Klik ‘Bayar’

Perlis

  • Pergi ke laman ini
  • Isi maklumat dan pilih jenis Zakat
  • Klik ‘submit for payment’

Kedah

  • Klik laman ini
  • Pilih nilai bayaran, bilangan orang dan klik tambah
  • Seterusnya, klik ‘bayar’

Pulau Pinang

  • Klik laman ini
  • Tekan ‘Log Masuk’ dan cipta akaun jika anda pengguna baharu
  • Seterusnya, isi maklumat diri dan log masuk semula ke laman tersebut
  • Pilih pembayaran zakat

Perak

  • Klik laman ini
  • Isi maklumat yang diminta
  • Tatal hingga ke bawah dan tekan ‘Bayar Sekarang’

Negeri Sembilan

  • Klik laman ini
  • Masukkan maklumat pada ruangan yang wajib diisi
  • Klik ‘Bayar Melalui Perbankan Internet (FPX)’

Johor

  • Layari laman ini
  • Klik ‘Daftar Pengguna’
  • Masukkan no. kad pengenalan dan klik semak no. kad pengenalan
  • Masukkan maklumat diri hingga ke bahagian pengakuan
  • Kemudian, log masuk semula
  • Seterusnya, bayar Zakat Fitrah

Pahang

  • Klik laman ini
  • Isi maklumat yang diperlukan
  • Klik ‘Seterusnya Untuk Bayar’ dan lengkapkan pembayaran

Melaka

  • Klik laman ini
  • Buat pendaftaran akaun jika anda pengguna baharu
  • Pilih bayaran secara terus
  • Pilih agensi ‘Pusat Zakat Melaka’ dan jenis bil pembayaran ‘Zakat’
  • Pilih jenis zakat dan penuhkan butiran
  • Kemudian lengkapkan pembayaran

Terengganu

  • Klik laman ini
  • Lengkapkan maklumat diri dan klik ‘Seterusnya’
  • Kemudian, maklumat yang diisi tadi akan terpapar dan klik ‘Seterusnya’
  • Lakukan pengesahan dan niat Zakat Fitrah

Kelantan

  • Klik laman ini
  • Lengkapkan butiran maklumat
  • Klik bayar

Sarawak

  • Klik laman ini
  • Pilih bahagian ‘Daftar Akaun’
  • Buat akaun baharu dengan masukkan maklumat diri dan klik ‘daftar’
  • Setelah selesai, log masuk
  • Teruskan untuk pembayaran Zakat Fitrah

Sabah

  • Klik laman ini
  • Klik ‘Daftar Sekarang’ bagi pengguna baharu
  • Setelah selesai daftar, log masuk semula ke laman tersebut
  • Kemudian, pilih ‘FPX & MIGS’ 
  • Pilih ‘teruskan pembayaran’
  • Pilih Zakat Fitrah dan lengkapkan maklumat diperlukan
  • Pilih ‘Internet Banking’ untuk proses pembayaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY