Ini Antara Keluhan Pengguna Berkaitan Penggunaan RFID Touch 'n GO

RFID menjadi topik hangat sekrang ini. Seperti yang kita tahu, bermula daripada 15 Januari 2022, RFID akan mula beroperasi pada Lebuhraya PLUS. Namun disebabkan pengguna masih kurang pendedahan kepada RFID ini, pengguna lebih cenderung untuk terus menggunakan Touch 'n Go (TnG) yang dilihat lebih memudahkan.

Dari perkongsian Mohd Azrie Mat Nor di laman Facebook, beliau berkongsikan pengalamannya yang telah menukarkan tag RFID sebanyak 3 kali.



Disebabkan tag RFID ini hanya boleh dilekatkan sekali sahaja untuk satu kereta, ia tidak boleh ditanggalkan untuk tukar kepada kereta lain. Ciri ini disertakan untuk mengelakkan tag RFID ini dicuri. Tetapi masalah yang timbul adalah ia mudah rosak ketika kereta dicuci.

Masalah lainnya pula, tol kadang-kadang tidak dapat mengesan tag RFID ini jika ditampalkan pada bahagian lampu kereta.

Beliau juga menekankan bahawa RFID ini masih tidak matang jika dibandingkan dengan TnG dan SmartTag. Walaupun harga SmartTag ini mahal, tetapi ia mempunyai tempoh penggunaan yang lama.

Jika diikutkan, RFID ini secara objektifnya untuk mengelakkan kesesakan pada plaza tol. Namun buat masa ini, RFID masih lagi tidak mempunyai beza jika dibandingkan dengan TnG SmartTag. Oleh itu, pihak berwajib perlu menambah baik RFID ini supaya ia lebih memudahkan rakyat dan bukannya menyusahkan.

 

Baca juga: