Sejak kebelakangan ini, rata-rata warganet berbual dan mempersoalkan pelaksanaan serta penggunaan RFID. Malah, baru-baru ini juga beberapa plaza tol di Bandar Seri Putra, Bangi dan Sungai Besi sesak kerana didakwa ia berpunca daripada RFID.
Susulan isu tersebut, Menteri Kanan Kerja Raya kini mengarahkan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mencari penyelesaian berhubung masalah itu.
Katanya, ada beberapa perkara perlu dilalui dan diselesaikan memandangkan ia adalah projek rintis. Tambahnya lagi, PLUS diminta untuk memberi penjelasan dan penyelesaian terhadap isu berbangkit berkaitan RFID.
Jika diikutkan, RFID sepatutnya memudahkan pengguna lebuh raya. Ini kerana kenderaan boleh menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30km/j dan turut melakukan transaksi tanpa sentuh. Namun, sebaliknya pula berlaku.
Selain itu, RFID juga menawarkan keselamatan tunai digital dan tambah nilai tanpa sentuh menerusi penggunaan Touch ‘n Go eWallet.
Oleh yang demikian, KKR akan sentiasa memantau perkara ini dan mengambil serius aduan yang dibuat agar tidak menyusahkan pengguna pada masa hadapan.
Sumber: bernama
Baca juga:
-
Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta
-
Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan