Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lepas Serangan WannaCry, Muncul Pula Malware Terbaru Yang Mensasarkan Apple Mac – Pakar Sekuriti

Ini Adalah Senarai Model Komputer Apple Macintosh Yang Masih Terkesan Dengan Isu Serangan ZombieLoad

Diterbitkan Mei 17, 2019 · Dikemas kini Jun 11, 2019 oleh ariff bukhari

Model-model Mac terdahulu ini tidak menyokong sepenuhnya kemas kini terbaru yang dilepaskan Apple untuk macOS.

Isu serangan ZombieLoad atau juga dikenali sebagai Microarchitectural Data Sampling (MDS) pada cip Intel, telah pun ditangani oleh pihak Intel dan Apple menerusi kemas kini terbaru macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003).

Namun begitu, Apple memaklumkan dalam dokumentasi yang diterbitkan mereka tentang isu ini bahawa, kemas kini terbaru yang dilepaskan itu tidak dapat diaplikasikan pada kesemua model Mac.

Ini kerana disebabkan oleh ketiadaan kemas kini kod mikro terbaru dari Intel untuk cip-cip pemprosesan Intel yang digunakan pada model-model Mac terdahulu.

Ini bermakna, kemas kini yang dilepaskan oleh Apple bagi menangani isu serangan ZombieLoad / MDS tidak dapat ditangani pada model-model Mac ini.

Malah ciri bagi mematikan fungsi hyper-threading bagi cip Intel untuk Mac terbabit tidak boleh dilakukan oleh pemilik untuk tujuan bagi mengekang serang ZombieLoad. pada Mac.

Berikut adalah model-model Mac yang tidak menyokong sepenuhnya kandungan kemas kini terbaru macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003) yang telah pun dilepaskan pihak Apple tempoh hari.

  • MacBook (13″, lewat 2009)
  • MacBook (13″, Pertengahan 2010)
  • MacBook Air (13″, lewat 2010)
  • MacBook Air (11″, lewat 2010)
  • MacBook Pro (17″, Pertengahan 2010)
  • MacBook Pro (15″, Pertengahan 2010)
  • MacBook Pro (13″, Pertengahan 2010)
  • iMac (21.5″, lewat 2009)
  • iMac (27″, lewat 2009)
  • iMac (21.5″, Pertengahan 2010)
  • iMac (27″, Pertengahan 2010)
  • Mac mini (Pertengahan 2010)
  • Mac Pro (lewat 2010)

Ini juga bermakna, kemungkinan besar Mac yang tersenarai ini juga tidak akan lagi menyokong sepenuhnya kemas kini dari Apple bagi menangani isu seperti ZombieLoad pada masa akan datang.

Sekaligus menyebabkan Mac tersebut kekal terdedah kepada serangan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY