Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keselamatan Data Menjadi Kebimbangan Utama Orang Awam Di Malaysia, Mewujudkan Halangan Kepada Pengguna Dalam Memupuk Perkhidmatan Berasaskan Identiti Digital – Indeks Keselamatan Unisys(Tm)

Ini Adalah Senarai 20 Negara Yang Paling Terkesan Dengan Isu Kecurian Data

Diterbitkan Disember 1, 2020 oleh ariff bukhari

Malaysia di tangga ke-10.

Laman statistik Uswitch telah menyenaraikan 20 buah negara yang terkesan paling teruk disebabkan oleh insiden kecurian data.

Menurut Uswitch, Amerika Syarikat adalah negara yang terjejas paling teruk dengan insiden pencerobohan data di mana sejak 2013, sebanyak 6,219,819,956 kes kecurian data direkodkan berlaku di dalam negara tersebut.

Atau secara puratanya, sebanyak 1,879,085 kes direkodkan bagi setiap 100,000 pengguna.

Ia diikuti oleh negara Korea Selatan, Kanada, United kingdom dan Australia sebagai 5 negara teratas yang paling banyakmerekodkan insiden kecurian data  .

Apa yang menarik di sini adalah Malaysia turut tersenarai dengan di kedudukan ke-10 sebagai negara yang terkesan paling teruk disebabkan oleh kes kecurian data di belakang Taiwan.

Jiran negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia tidak pula tersenarai dalam statistik Uswitch ini.

Berikut adalah senarai 20 negara yang paling teruk terjejas oleh insiden kecurian data menurut Uswitch:-

Ini Adalah Senarai 20 Negara Yang Paling Terkesan Dengan Isu Kecurian Data
Rakyat Malaysia mungkin tidak pedulikan atau risau akan isu kecurian data berbanding rakyat di negara Asia Tenggara lain.

Insiden kecurian data itu melibatkan pencerobohan melalui alamat e-mel, kata laluan, nama pengguna, aktiviti laman sesawang, nombor telefon dan lain-lain.

Screenshot 2020-12-01 at 07.49.45
Kecurian data akibat pencerobohan alamat e-mel dan kata laluan adalah yang tertinggi berlaku. Kredit: Uswitch

Selain itu, turut disenaraikan adalah 10 syarikat yang paling banyak diserang penggodam. Menurut Uswitch, Yahoo menjadi syarikat yang paling terkesan dengan insiden penggodaman.

Antara tahun 2013 hingga 2014 sahaja, sebanyak 3 bilion akaun Yahoo telah dicuri menerusi ciri keselamatan data yang mudah digodam sebelum ini.

Selain Yahoo, Sina Weibo, Adobe, Adult Friend Finder dan LinkedIn turut tersenarai dalam 10 syarikat yang paling kerap digodam.

Screenshot 2020-12-01 at 07.59.31
10 syarikat yang paling kerap digodam menurut Uswitch.

Sumber: Uswitch

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY