Pada persidangan Google I/O lalu, google ada mengumumkan satu ciri baru yang akan dimuatkan ke dalam pelayar Google Chrome.
Ciri tersebut adalah Chrome akan mengimbas kata laluan akaun penggunanya, dan jika didapati kata laluan itu telah digodam atau terjejas, Chrome akan mencadangkan pengguna supaya tukar kata laluan itu dengan segera.
Google memaklumkan, ciri baru ini hanya akan mula diperkenalkan pada pelayar Chrome untuk peranti Android terlebih dulu pada pengguna di A.S.
Baca juga:-
Google Akan Menghapuskan Kata Laluan, Menggantikannya Dengan 2F
4 Perkhidmatan Urus Kata Laluan Terbaik Percuma Untuk Tahun 2021
“On supported sites, whenever you check your passwords and Chrome finds a password that may have been compromised, you will see a “Change password” button from Assistant. When you tap the button, Chrome will not only navigate to the site, but also go through the entire process of changing your password.” Google
Malah ia juga hanya akan berfungsi untuk akaun sosial tertentu sahaja buat masa ini seperti Twitter. Selain itu, ciri baru ini juga memerlukan penggunanya mengaktifkan ciri Chrome password sync.
Google dijangka akan menawarkan ciri baru ini kepada semua pengguna Chrome dalam tahun ini juga.
Sumber: Google