Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Passkey

Apple Tak Mahu Lagi Pengguna Ingat Kata Laluan Selepas Ini

Diterbitkan Jun 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Selepas pengenalan iOS 15 tempoh hari, pelbagai reaksi boleh dilihat. Ada yang menyukainya, ada juga yang tidak. Sebenarnya, semua sistem operasi yang baharu itu adalah langkah penting bagi Apple untuk masa hadapan.

Baca juga – iOS 15 Diperkenalkan – “iOS 14” Yang Ada Banyak Ciri Baharu

Selain privasi yang dipertingkatkan, Apple juga menambahbaik fungsi kata laluan yang kita gunakan hari-hari. Pada acara tersebut, Apple menggelar “Move beyond passwords” dengan menampilkan ciri “passkeys in iCloud keychain”.

Secara asasnya, passkeys ini adalah padanan kata laluan peribadi dan umum serta ia memenuhi standard WebAuthn.

Screenshot 2021-06-11 at 1.31.01 PM

Bagi memudahkan pemahaman, apabila pengguna ingin mencipta akaun, pengguna hanya perlu memikirkan nama pengguna (username) sahaja.

Screenshot 2021-06-11 at 1.31.18 PM

Pada bahagian kata laluan, passkey akan menjalankan tugasnya dengan mencipta dan menyimpan di iCloud Keychain. Jika pengguna mahu log masuk semula, ia hanya perlu membuat imbasan wajah melalui Face ID sahaja.

Screenshot 2021-06-11 at 1.32.09 PM

Bermakna selepas ini, pengguna tidak lagi perlu berfikir lama untuk mencipta kata laluan yang kompleks dengan gabungan aksara, simbol dan pelbagai lagi. Malah, penggunaan kata laluan yang sama di mana-mana akaun juga dapat dielakkan.

Baca juga – Cantik Juga Android 12 Ni

Selain itu, Apple turut memperkenalkan pengesahan dwi-faktor yang terbina di dalam peranti.  Walau bagaimanapun, Google juga mengumumkan pengurusan kata laluan sedemikian semasa acara Google I/O pada bulan Mei yang lepas.

Sumber: Apple

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY