Ini Adalah Cara Membersihkan Keyboard Laptop Anda

Ramai yang mengguna komputer riba tetiba tidak ramai mengambil berat tentang faktor kebersihan peranti dalam kegunaan harian.

Contohnya habuk, bulu, serta cebisan makanan yang termasuk ke dalam peranti yang akan mengundang serangga halus seperti semut. Ini adalah faktor-faktor yang boleh merosakkan atau melembabkan prestasi komputer riba.

Untuk menjaga kebersihan papan kekunci dan prestasi komputer riba, anda boleh ikuti langkah pembersihan ini:

  • Pertama sekali matikan peranti dan cabut plug untuk keselamatan.




  • Goncang atau tepuk peranti secara perlahan untuk keluarkan habuk atau cebisan-cebisan besar untuk memudahkan kerja pembersihan terperinci.




  • Gunakan semburan (spray) angin untuk menghilangkan habuk di celahan papan kekunci.




  •  Selesai menyembur angin, lap kekunci dengan kain mikrofiber lembap untuk menghilangkan lebihan habuk.




  • Seterusnya gunakan alcohol wipes (tisu alkohol) untuk membuang minyak atau kotoran degil.




  • Akhir sekali, anda boleh gunakan disinfecting wipes untuk membasmi kuman di permukaan papan kekunci. Selesai.




Jika anda terlampau sibuk dan tiada masa untuk lakukan sendiri. Hantar sahaja ke kedai servis komputer dan peranti anda akan siap dibersih selepas 30 atau 60 minit.

Anda boleh dapatkan alat-alat pembersihan di sini:

Compressed air spray - https://invol.co/cl3w4ze

Kain mikrofiber - https://invol.co/cl3w5go

Alcohol swab/wipes (tisu alkohol) - https://invol.co/cl3w5hj

Disinfecting wipes (tisu pembasmi kuman) - https://invol.co/cl3w5id

Kredit gambar: Wikihow

Berkaitan