Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Perlu Ke Kaunter, Anda Boleh Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi MAE

Posted on April 4, 2022April 4, 2022

Selain membuat bayaran zakat fitrah secara manual di kaunter pungutan zakat, anda juga boleh lakukannya secara atas talian melalui aplikasi MAE.

Tentunya dengan kemudahan ini, urusan pembayaran zakat fitrah lebih mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Jangan khuatir, hukum membayar zakat secara atas talian ini telah diiktiraf sah dari segi hukum syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.

Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi MAE

Pertama, log masuk ke aplikasi MAE anda kemudian klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’

Kemudian, klik ‘Zakat’ diikuti dengan pemilihan Badan Zakat dan Jenis Zakat.

zakat fitrah mae
Sumber: Maybank
zakat fitrah mae
Sumber: Maybank
zakat fitrah mae
Sumber: Maybank

Seterusnya, pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.

Setelah itu, masukkan nombor telefon mudah alih anda. Akhir sekali, semak butiran dan lafazkan niat yang tertera sebelum tekan ‘Bayar Sekarang’.

zakat fitrah mae
Sumber: Maybank
Sumber: Maybank
zakat fitrah mae
Sumber: Maybank

Anda selesai membayar zakat fitrah melalui aplikasi MAE.

Anda boleh memuat turun aplikasi MAE di Google Play dan Apple App Store.

Sumber: MYSUMBER

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress
Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami