Baru-baru ini, kami telah berkongsi tentang gerakan menubuhkan persatuan pekerja oleh kakitangan kedai Apple sehingga mereka menggunakan peranti Android untuk kekal di bawah radar.
Kelmarin, Apple Store di Leidseplein, Amsterdam mengalami situasi getir apabila seorang lelaki berpakaian celoreng cuba melakukan rompakan.
Polis Amsterdam dengan pantas memuat naik twit tentang kejadian tersebut yang berlaku sekitar 5:40 petang Rabu waktu Belanda (12:40 tengah malam Khamis waktu Malaysia) selepas menerima laporan tentang rompakan.
There is an ongoing hostage situation at the Apple Store at Leidseplein at the moment. To ensure the safety of all people involved we are not able to share information about the situation and/or actions taken by the police.
— Politie Eenheid Amsterdam (@POL_Amsterdam) February 22, 2022
Kejadian ini dikatakan bermula sebagai rompakan dengan suspek mempunyai senjata api bertukar apabila dia menjadikan salah seorang lelaki warga berusian 40-an sebagai tebusan. Suspek kemudian meminta wang tebusan sebanyak ~RM950 juta (€200 juta) dalam bentuk matawang kripto.
Dia juga menghantar gambarnya kepada media tempatan yang menunujukkan bahan letupan di badannya.
Situasi ini turut dikongsi penduduk sekeliling melalui laman sosial dalam masa nyata sehingga ada yang membuat siaran langsung (live stream) yang menunjukkan polis berkomunikasi menggunakan megafon.
Atas permintaan suspek, mereka menghantar air kepadanya dan ketika inilah lelaki yang dijadikan tebusan melarikan diri setelah 5 jam diacukan senjata. Suspek bertindak mengejar tebusan tersebut namun gagal setelah dia dilanggar kereta polis.
AMARAN: Video di bawah mungkin mempunyai kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Setelah tumbang di atas jalan raya dan tidak mampu bangun, polis menggunakan robot untuk memeriksa badan perompak tersebut yang didakwa mempunyai bahan letupan. Setelah disahkan bom tersebut bukan dalam keadaan untuk diletupkan, dia dikejarkan ke hospital akibat kecedaraan.
Media antarabangsa semalam melaporkan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau tersebut telah meninggal dunia di hospital.
Apple dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih pada pihak berkuasa dan mengumumkan penutupan kedai Apple ikonik tersebut sehingga Jumaat.
Baca juga: