Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Infinix Perkenal Dua Telefon ZERO Baharu, Boleh Dibeli Bermula Minggu Depan

Posted on Februari 23, 2022

Masih ingatkah anda pada peranti Infinix ZERO X Neo? Ia merupakan peranti dari Infinix yang memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang dilancarakan pada bulan Oktober 2021. Hari ini, Infinix memperkenalkan 2 lagi model baharu siri ZERO iaitu ZERO X Pro dan ZERO 5G.

Infinix ZERO X PRO

Seperti model ZERO sebelum ini, model kali ini juga memfokuskan kepada pengalaman fotografi dengan menawarkan teknologi kamera berprestasi tinggi. ZERO X Pro dilengkapi dengan 3 sistem kamera iaitu 108MP lensa utama, Venti Ultra-Night OIS, 8MP ultra lebar dan 8MP periskop.

Gabungan 3 lensa ini membolehkan pengguna untuk merasai pengalaman fotografi yang lebih menarik dengan adanya Enjin Alroritma Galileo Infinix dan periskop Moonshot 60X. Oleh itu, anda tidak perlu risau nak zum ke bulan untuk dapatkan foto yang lebih jelas dan terperinci.

Turut didatangkan dengan skrin 6.67 inci jenis AMOLED, 120Hz kadar segar semula dan 240Hz kadar input sentuh, tiada masalah jika anda gunakan peranti ini untuk kegunaan media atau gaming. Ditambah pula dengan bateri berkapasiti 4500mAh serta pengecasan pantas 45W, anda tidak perlu risau untuk penggunaan seharian anda.

Infinix ZERO 5G

Model ini pula lebih memfokuskan kepada prestasi dan penerapan teknologi 5G. Disamping Malaysia meluaskan rangkaian 5G, Infinix memastikan peranti mereka tidak ketinggalan untuk menggunakan teknologi tersebut.

Menguasakan peranti ini adalah MediaTek Dimensity 900 5G yang menggunakan teknologi 6nm. Selain itu, cip pemprosesan ini juga memastikan peranti ini cekap tenaga bagi memastikan penggunaan yang lebih optimum.

Masih lagi menawarkan sistem 3 kamera, peranti ini didatangkan dengan 48MP kamera utama, 13MP kamera potrait dan 2MP kamera visual. Kepada anda yang minat berswafoto, peranti ini turut dilengkapi dengan 16MP kamera swafoto dwi-cahaya dengan teknologi AI. Jadi hasil gambar dapat dipertingkatkan untuk memanfaatkan titik fokus tanpa kira sudut atau keadaan pencahayaan.

Harga

Infinix ZERO X Pro didatangkan dengan 2 varian manakala ZERO 5G pula 1 varian sahaja. Ini adalah butiran harga dan varian yang ditawarkan:

Infinix ZERO X Pro

  • 8GB+128GB- RM1,199
  • 8GB+256GB- RM1,299

Infinix ZERO 5G

  • 8GB+128GB- RM1,099

Kedua-dua produk ini akan dilancarkan secara eksklusif di Kedai Rasmi Infinix AIOT Shopee pada 3 Mac 2022. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan potongan RM100 jika membuat pembelian pada 9, 15 atau 25 Mac 2022. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluan untuk membawa pulang Infinix INBook X1 Pro jika anda membeli mana-mana antara 2 model siri ZERO ini.

Sumber: Siaran akhbar Infinix

Baca juga:

  • OnePlus Dijangka Lancar TWS Nord Dan Sebuah Lagi Telefon Baharu
  • U Mobile Hadir Dengan Pelan 5G Prabayar Baharu Serendah RM20 Sebulan
  • Nak Untung Lebih, TikTok Mungkin Bagi Kongsi Video Sampai 10 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress