OnePlus Dijangka Lancar TWS Nord Dan Sebuah Lagi Telefon Baharu

Hari ini, terdapat khabar angin mengenai OnePlus kini sedang dalam pembikinan TWS berjenama Nord. Ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini OnePlus juga ada memperkenalkan fon telinga neckband, dan beberapa TWS. Ia juga dikatakan akan dijual bersama barisan peranti kelas pertengahan mereka.

Berdasarkan daripada beberapa tirisan mengenai Nord Buds ini, @OnLeaks dan 91mobiles telah menghasilkan imej komputer (render) peranti ini. Namun mereka juga ada menyatakan bahawa akan terdapat sedikit perubahan antara imej tersebut dengan produk akhir nanti.



Nord Buds ini didatangkan dengan butang yang disaluti warna emas yang akan berfungsi sebagai butang kawalan. Selain daripada itu, kesemua bahagian lain pada TWS ini adalah berwarna hitam.

Tidak seperti TWS lain yang mempunyai batang kecil dan halus, Nord Buds ini mempunyai batang yang lebar dan nipis. Bekas penyimpanannya juga berwarna hitam dan meninggalkan tulis OnePlus berwarna emas.



Buat masa ini, masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai TWS ini, namun ia berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun ini juga.

Disamping itu, OnePlus juga dilaporkan sedang dalam proses menghasilkan satu telefon pintar dengan nama kod Oscar. Disebabkan OnePlus melancarkan OnePlus 10 Pro tanpa model biasa, dikatakan Oscar ini adalah model OnePlus 10 tersebut.

Pelancaran bagi model ini dikatakan berlangsung antara bulan April dan Jun. Selain daripada dua peranti ini, OnePlus juga dikhabarkan akan melancarkan beberapa peranti lain seperti fitness band, jam pintar dan tablet pada tahun ini.

Sumber: 91mobile

Baca juga: