Infinix kini telah mengumumkan model telefon pintar terbaharu dengan teknologi yang memfokuskan kepada fotografi. Telefon pintar ini dilengkapi dengan Mod Super Moon, digabungkan dengan kamera periskop 60x moonshot dan Enjin Algoritma Galileo yang dibangunkan oleh Infinix.
Dengan Enjin Algoritma Galileo ini, gambar bulan boleh diambil dengan lebih jelas serta mengakalkan terkstur bulan yang lebih terperinci pada resolusi tinggi.
Selain menggunakan kemera belakang Super Night 48MP dan 16MP dwi-lampu dengan teknologi AI yang telah dipertingkatkan pada kamera hadapan, Infinix ZERO X NEO juga mempunyai ciri lain seperti 5x Optikal Zoom dengan OIS, bateri 5000mAh dengan teknologi pantas 18W, UFS 2.2 dilengkapi dengan White Booster.
Teknologi audio gabungan pintar PA Pintar dan DTS bagi meningkatkan amplitud dan kalantangan bunyi untuk mencipta pengalaman surround sound turut dilengkapi pada telefon pintar ini.
Infinix ZERO X NEO ini merupakan telefon pintar yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Ultra Game-play MediaTek Helio G95 dengan storan 128GB dan 8GB RAM yang boleh didapati dalam 3 warna iaitu Nebula Black, Starry Silver dan Bahamas Blue. Telefon pintar ini boleh dibeli dengan harga serendah RM899 di Kedai Rasmi Infinix AIOT di shopee.
Sumber: Siaran Akhbar Infinix
Baca juga: