Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini

Nak Untung Lebih, TikTok Mungkin Bagi Kongsi Video Sampai 10 Minit

Diterbitkan Februari 23, 2022 oleh Amsyar Latif

TikTok sememangnya sebuah platform media sosial yang terlalu pantas meningkat naik sejak pandemik COVID-19 melanda.

Salah satu punca mengapa platform dari China itu mampu mendominasi media sosial yang lain adalah kandungan video pendek.

Tidak hairanlah syarikat gergasi lain tergugat dengannya sehinggakan terpaksa memperkenalkan ciri seumpamanya seperti Shorts dan Reels.

Namun, YouTube dan Instagram seolah-olah ‘dipermainkan’. Ini kerana laporan terbaharu mendakwa yang TikTok ingin menawarkan perkongsian video sehingga 10 minit. Sebelum ini pun, mereka sudah memberikan penawaran sebegitu sehingga 3 minit.

TikTok Wiser

Dikatakan, sebab utama mereka mahu menawarkan video sehingga 10 minit adalah mahu mengaut untung lebih daripada pengiklanan. Seperti diketahui, lebih panjang video, maka lebih banyaklah iklan boleh ‘disumbat’ masuk.

Apabila banyak iklan yang dapat dimasukkan ke dalam video, secara tidak langsung pendapatan TikTok turut meningkat.

Suka atau tidak, berkemungkinan perkara ini terjadi meskipun soal selidik yang pernah dijalankan memperlihatkan pengguna tidak suka menonton video yang lebih 1 minit.

Pada pendapat peribadi, seeloknya TikTok tidak perlu bertukar menjadi platform seperti YouTube. Mereka sendiri membuktikan bahawa video pendek lebih kerap ditonton berbanding video yang berdurasi lebih panjang.

Tekan pautan ini untuk ikut akaun TikTok Wiser.

Sumber: wired

Baca juga:

  • TikTok Jadikan Mereka Sebagai Platform Cari Kerja

  • Pengguna Facebook Makin Berkurang, Mark Zuckerberg Akui TikTok Pesaing Terhebat Mereka

  • Pada Tahun 2021, Lagi Ramai Kerap Ke TikTok Berbanding Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY