Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Temu apps_

Indonesia Minta Apple, Google Sekat Temu Dalam Gedung Aplikasi

Diterbitkan Oktober 15, 2024 · Dikemas kini Oktober 15, 2024 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, aplikasi Temu dilaporkan sudah boleh dimuat turun di Indonesia, walaupun belum beroperasi.

Dalam perkembangan terbaru, Indonesia nampaknya telah meminta Google dan Apple untuk menyekat aplikasi Temu supaya ia tidak boleh dimuat turun dalam Play Store dan App Store di negara itu.

Menteri Komunikasi Indonesia, Budi Arie Setiadi berkata langkah awal itu bertujuan untuk melindungi perniagaan kecil dan sederhana daripada produk lebih murah yang ditawarkan oleh Temu di bawah syarikat PDD Holdings.

Jelasnya, model perniagaan Temu yang menghubungkan pengguna secara langsung dengan kilang di China untuk mengurangkan harga dengan ketara, adalah “persaingan yang tidak sihat”.

Kami di sini bukan untuk melindungi e-dagang, tetapi kami melindungi perusahaan kecil dan sederhana. Terdapat berjuta-juta yang mesti kami lindungi.

Selain itu, beliau berkata Jakarta akan menyekat sebarang pelaburan oleh Temu dalam e-dagang tempatan jika ia membuat langkah sedemikian.

Tahun lalu, Indonesia juga telah mengenakan larangan terhadap platform media sosial ByteDance, TikTok, yang memaksa ia menutup perkhidmatan e-dagangnya di negara itu.

Beberapa bulan kemudian, TikTok bersetuju membelanjakan $840 juta untuk membeli 75.01% saham GoTo Gojek Tokopedia, serta pelaburan dengan jumlah perbelanjaan bernilai $1.5 bilion. Langkah itu seterusnya membolehkan TikTok membuka semula platform e-dagangnya di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, sehingga kini iPhone 16 masih belum tersedia untuk pembelian di negara itu. Difahamkan, kerajaan Indonesia hanya akan membenarkan iPhone 16 dijual di negara itu sekiranya Apple memenuhi komitmen pelaburannya.

Berkaitan

  • Indonesia Pertimbang Sekat Telegram, Bigo Live
  • Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di AS
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu

Sumber: Reuters

Gambar utama: The Irish Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY