Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kementerian Indonesia Mohon Maaf Pada Semua ‘Gamer’, Ketua Pengarah Juga Akui Main ‘Game’

Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di AS

Diterbitkan Oktober 8, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 8, 2024 oleh ariff bukhari

Kerajaan Indonesia melalui Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) cuba mengeluarkan Temu, aplikasi beli-belah atas talian milik sebuah syarikat China daripada ditawarkan dalam stor aplikasi di Indonesia selepas aplikasi itu sudah boleh didapati di stor aplikasi Android dan iOS di negara tersebut

Temu adalah platform membeli-belah dalam talian yang dikendalikan oleh syarikat e-dagang China, PDD Holdings.

Syarikat itu menawarkan diskaun besar untuk produknya, yang sering dihantar terus dari kilang di China kepada pengguna di pelbagai negara.

Beberapa kementerian Kerajaan Indonesia telah cuba menghalang platform itu daripada beroperasi di Indonesia. Walau bagaimanapun, menurut laporan Tempo, aplikasi Temu tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Play Store di Indonesia.

Perkara itu disahkan kementerian tersebut.

“Ia belum beroperasi, tetapi sudah tersedia (di gedung aplikasi),” kata staf khas di Kementerian Koperasi dan PKS, Fiki Satari.

Indonesia Mahu Haramkan Aplikasi China Yang Pernah Dimuat Turun Paling Banyak Pengguna Di AS

Fiki berkata, Kementerian Koperasi dan PKS akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan, Kementerian Komunikasi dan Informatik, dan Kementerian Pelaburan minggu ini bagi membincangkan perkembangan ekonomi digital termasuk Temu.

Beliau menegaskan bahawa aplikasi Temu masih belum boleh dikendalikan, dan kementerian akan cuba mengeluarkannya daripada kedai aplikasi, termasuk App Store dan Play Store.

Kementerian Perdagangan negara itu berkata, tiada permohonan daripada Temu untuk permit beroperasi di negara ini setakat ini. Ketua Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Moga Simatupang, berkata Indonesia mempunyai Peraturan Menteri No. 31 Tahun 2023 yang melindungi perdagangan domestik daripada e-dagang.

Sejak September 2022, Temu telah mencuba tiga kali untuk mendaftarkan tanda dagangannya di Indonesia.

Malah pada 22 Julai 2024, Temu menyerahkan semula pendaftarannya kepada Direktorat Jeneral Hak Harta Intelek Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia.

Walau bagaimanapun pendaftaran itu gagal kerana nama dan klasifikasi yang serupa dengan syarikat Indonesia.

Sehingga kini, kata Fiki, aplikasi Temu telah memasuki Amerika Syarikat dan Eropah dan mula berkembang ke Asia Tenggara, seperti Thailand dan Malaysia.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan perlu terus memantau Temu untuk menghalangnya daripada memasuki Indonesia.

Temu merupakan aplikasi beli-belah yang paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat selepas dilancarkan oleh Pinduoduo China pada awal September 2022 dahulu.

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa Temu didakwa sebagai perisian hasad berbahaya.

Berkaitan

  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual
  • Samsung Lancar Telefon Kelas Bajet Galaxy A16 5G, Sokong Kemas Kini 6 Tahun

Sumber: Tempo.co,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY