Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nombor plat

Indonesia Akan Guna Nombor Plat Putih Dan Ada RFID, Pasang Secara Percuma

Diterbitkan Januari 28, 2022 oleh Amsyar Latif

Indonesia dilihat semakin kehadapan kerana kerajaan mereka kini sedang merancang untuk menggunakan nombor plat kenderaan berwarna putih dan ia dilengkapi cip pengenalan frekuensi radio (RFID).

Brigedier Jeneral Yusri Yunus yang merangkap Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan Kor Trafik Polis Indonesia mengatakan bahawa penggunaan RFID pada nombor plat kenderaan ini bukanlah perkara baharu kerana negara maju seperti di Eropah sudah pun melaksanakannya.

Penggunaan nombor plat berwarna putih ini secara tidak langsung memudahkan pengecaman kenderaan di jalan raya dengan lebih jelas menerusi kamera Electronic Traffic Law Enforcement (e-TLE).

Katanya lagi, sistem pengenalan nombor plat automatik (ANPR) yang ada di dalam e-TLE ini sebenarnya mudah untuk mengesan dengan pantas pada nombor plat berwarna putih bersama tulisan hitam.

Selain itu, teknologi RFID tersebut juga tidak terhad untuk pembayaran tol sahaja tetapi turut untuk pembayaran tempat letak kenderaan dan kesalahan jalan raya oleh pemandu.

Pelaksanaan ini akan dibuat secara berperingkat bermula tahun 2022. Dalam pada itu, untuk tidak membebankan rakyat, kerajaan Indonesia akan memberikan penukaran nombor plat baharu ini secara percuma sahaja.

Sumber: kompas

Foto utama: toennjes

Baca juga:

  • JPJ Ada Pelan Yang Mungkin Boleh Turunkan Harga Pelekat RFID

  • Rakyat Indonesia Paling Banyak Habiskan Masa Menonton Video Di Telefon Pintar Tahun Lalu

  • Syarikat Pembuat iPhone Foxconn Melabur Di Indonesia Untuk Hasilkan Kereta Elektrik

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY