Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pembuat iPhone Foxconn Melabur Di Indonesia Untuk Hasilkan Kereta Elektrik

Syarikat Pembuat iPhone Foxconn Melabur Di Indonesia Untuk Hasilkan Kereta Elektrik

Diterbitkan Januari 22, 2022 oleh Meor Hasyim

Syarikat utama dalam pengeluaran iPhone iaitu Foxconn kini dilaporkan telah menandatangani memorandum untuk melabur di negara jiran Indonesia dalam penghasilan kereta elektrik.

Antara pelaburan yang terlibat di sana termasuklah pengilangan bateri melalui Kementerian Pelaburan Indonesia, Koperasi Bateri Indonesia, firma tenaga PT Indika Energy, serta pengeluar elektrik skuter Gogoro.

Melalui kenyataan dari Foxconn, hasil kerjasama itu adalah bertujuan untuk mewujudkan satu ekosistem tenaga baharu meliputi sistem penyimpanan tenaga, stesen pengecasan dan kitar semula tenaga di Indonesia.

Menerusi kerjasama ini, satu badan terbuka “MIH” akan diwujudkan sebagai platform membekal perkakas dan perisian untuk syarikat-syarikat di Indonesia bagi menyokong misi ini.

Dikatakan Foxconn menyasarkan sehingga 10% dari komponen dan perkhidmatan mereka untuk dibekalkan kepada Indonesia sekitar tahun 2025 – 2027 nanti.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • Fungsi Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari Android Ke iOS Bakal Tiba Tak Lama Lagi
  • Maxis Tambah 10GB Percuma Untuk Semua Pelanggan Pascabayar
  • Jangan Terkejut Bil Unifi Februari Anda Akan Lebih Rendah Dari Biasa, Ini Sebabnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY