Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
video phone

Rakyat Indonesia Paling Banyak Habiskan Masa Menonton Video Di Telefon Pintar Tahun Lalu

Diterbitkan Januari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh laman analisis App Annie, rakyat Indonesia adalah pengguna yang paling banyak menghabiskan masa mereka menonton video-video di platfom penstriman pada tahun lalu.

Menurut App Annie, ia adalah peningkatan sehingga 93% pada tahun 2021 lalu jika dibandingkan dengan tahun 2019 dahulu.

app annie

Selain Indonesia, pengguna peranti pintar di Jepun dan India juga mencatatkan peningkatan jumlah tontonan video diplatfom penstriman dengan laman YouTube menjadi pemacu utama kepada peningkatan tersebut pada tahun 2021 lalu.

Tetapi sebaliknya pula berlaku pada pengguna di negara China di mana ia menunjukkan trend penurunan. Pengguna di China didapati lebih cenderung menonton video-video pendek menerusi aplikasi seperti Kwai dan TikTok.

app annie 2

App Annie menyimpulkan, walaupun ada akses tontonan di skrin yang lebih besar, tetapi pengguna tetap memilih telefon pintar sebagai tempat untuk mereka menonton video-video kegemaran mereka.

Sumber: App Annie

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY