Menampilkan barisan artis popular tanah air sebagai duta menjadikan ia sebagai sebuah jenama yang gah.
Tetapi itu bukan alasan untuk OPPO terus diminati pembeli kerana peranti keluaran syarikat itu terkenal dengan kamera yang mampu menghasilkan gambar bermutu tinggi serta pengecasan bateri secara pantas.
Terkini, Gizmochina melaporkan OPPO sedang bersiap sedia dengan model baru, OPPO R11.
R11 dikatakan bakal dilancar di China tidak lama lagi dan ia dikuatkan dengan tersebarnya imej pelakon dan penyayi terkenal China Wang Junkai menjalani pengambaran iklan untuk telefon pintar tersebut.
OPPO dan Wang Junkai telah lama menjalin kerjasama dan ia bermula sejak model R9 lagi.
Apa yang boleh dipastikan adalah R11 akan dilengkapi dengan dwi kamera pada bahagian belakang dan seakan-akan iPhone 7 Plus.
Turut dinyatakan laman GizmoChina, OPPO bakal menghasilkan 4 versi iaitu:
- OPPO R11t,
- OPPO R11 Plus,
- OPPO R11 Plust, dan
- OPPO R11 Plusk
Walaubagaimanapun spesifikasi model-model ini masih belum dinyatakan dan mungkin ia berbeza dari segi kapasiti RAM dan storan dalaman.
Sumber; GizmoChina
Berkaitan
- Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3999
- OPPO Syarikat Pengeluar Pertama Guna Corning Gorilla Glass 6
- OPPO Jadi Penaja Pertandingan AFF Suzuki Cup 2020
- Nak Beli Telefon Tapi Harga Naik Sebab SST? OPPO Tidak Naikkan Harga Peranti Mereka
- Samsung Akan Hasilkan Cip Khas Untuk Melombong Matawang Kripto
- OPPO Malaysia Akan Perkenalkan Sebuah Lagi Model Baru 4 Mei Ini
- OPPO, Xiaomi Dan Vivo Dilapor Sudah Uji Hong Meng OS, Dikatakan 60% Lebih Laju Berbanding Android
- Beli Telefon OPPO Pada Tarikh Ini, Anda Boleh Jimat Sehingga RM400
- OPPO R9s Edisi Hijau Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah Bermula 11 Ogos Ini
- Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Dilesenkan Untuk Beri Nikmat Kepada Pengguna Telefon Pintar Yang Lain