Dikenali dengan nama kod Hong Meng OS dan berkemungkinan hadir dengan nama Ark OS, ia kini dilaporkan sudah diuji secara intensif oleh Huawei.
Antara syarikat lain yang turut sama terlibat adalah Tencent, OPPO, Xiaomi dan Vivo yang telah menghantar kakitangan mereka untuk menguji sistem operasi tersebut dan dikatakan 60% lebih laju berbanding sistem Android.
Ditanya berkenaan pelancaran sistem operasi ini, Ketua Pegawai Strategi Perniagaan Huawei hanya membalas "ia adalah rahsia" seperti mana yang dipetik dari laman Global Times.
Dalam laporan Huawei Central pula memberitakan bahawa Huawei menafikan khabar angin ujian sistem Hong Meng oleh syarikat-syarikat yang disebutkan diatas. "Any information to this effect would be released through official channels" jelas Huawei kepada laman Huawei Central.
Walaupun disangkal oleh Huawei tetapi mungkinkah pada masa akan datang, syarikat-syarikat telefon pintar dari China akan menggunakan sistem operasi Hong Meng OS ini? Apa pendapat anda.
Sumber: Global Times dan Huawei Central
Berkaitan
- Honor 6X Dilancarkan Di Malaysia Bermula Dengan Harga RM1199
- Huawei Dikatakan Mahu Mengeluarkan Telefon Boleh Lipat Pada Tahun Hadapan
- NFCP Manfaatkan Pelanggan Pos Malaysia Diluar Bandar
- MIUI 10 Global Versi Stabil Untuk Pocophone F1 Akan Mula Ditawarkan Bermula Minggu Hadapan
- Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul
- MediaTek Ada Cip Pemproses Terbaru, MediaTek Dimensity 1000+
- Huawei Dilapor Akan Memperkenalkan Tiga Model Telefon Pintar Siri "P" Bagi Tahun 2018
- Nikmati Promosi Menarik Sempena Pembukaan Kedai Konsep OPPO Di Aeon Tebrau City Johor Bahru
- iPhone 2018 Mungkin Perlahan Berbanding Telefon Pintar Android
- P50 Pocket, 'Lipatan' Terbaru Dari Huawei