Kredit : Teknofilo
Seseorang telah dikesan sedang memegang peranti yang kelihatan sama seperti imej render Mate 20 yang pernah dihasilkan sebelum ini. Kejadian ini berlaku di Berlin semasa acara IFA sedang dijalankan.
Peranti yang dipegang oleh insan yang memakai gelang tangan Huawei itu kelihatan mempunyai kamera utama dengan tiga lensa yang disusun secara unik. Tiga lensa kamera itu bersama dengan panel LED flash disusun bersama bagi membina bentuk petak pada belakang peranti.
Kredit : BGR
Ia jelas kelihatan sama dengan imej render yang tersebar sebelum ini. Menurut imej berkenaan, tulisan LEICA akan diletakkan di sebelah kiri lensa kamera. Berbeza dengan P20 Pro, pengimbas cap jari pada Mate 20 dijangka akan dipasang di panel belakang peranti.
Selain tri-kamera utama, Huawei Mate 20 dilaporkan akan didatangkan dengan cip terbaru Kirin 980 manakala Mate 20 Pro pula dijangka akan hadir dengan skrin OLED dwi-lengkung. Kami jangkakan akan ada lebih banyak lagi maklumat mengenai peranti ini yang akan kita dengari menjelang pelancarannya kelak.
Sumber
Berkaitan
- LG Melancarkan TV OLED Boleh Gulung Pertama Di Dunia Pada Acara CES 2019
- Galaxy Watch Turut Diperkenalkan Dalam Acara Galaxy Unpacked 2018
- Pembeli Malaysia Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Dapatkan Tawaran Promosi
- Kenapa Produk Apple Tak Ditampal Pelekat 'Apple Inside'
- iOS 12 Diperkenalkan Pada WWDC 2018 - Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaannya
- Kerajaan Amerika Syarikat Haram Penjualan Peranti Huawei Dan ZTE Di Kem Tentera
- Asus Tawarkan Pelbagai Produk Menarik Sempena Festival 11.11, ROG Phone Turut Tersenarai
- Senheng Beri 1 Tahun Jaminan Tambahan Untuk Pembelian Vivo V17 Pro
- HTC Sambut Ulang Tahun Ke-20 [VIDEO]
- Honor View 20 Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Pada 26 Januari