Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Letgodigital mix flip

Mungkin Ini Rupa Sebenar Xiaomi Mix Flip

Diterbitkan Mei 13, 2024 · Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh ariff bukhari

Telefon pintar lipat baharu dari Xiaomi, Mix Flip telah muncul pada pensijilan 3C China yang mendedahkan bahawa peranti itu akan mempunyai sokongan pengecasan 67W.

Hari ini, imej sebenar telefon pintar itu muncul di platform Weibo.

Imej yang didedahkan itu menunjukkan bahagian belakang telefon dengan menampilkan skrin penutup dan bahagian di atasnya yang menempatkan dua kamera yang diapit oleh dua LED.

Ia juga memaparkan logo Leica, mencadangkan perkongsian antara kedua-dua syarikat untuk sistem kamera Mix Flip.

xiaomi Mix Flip

Separuh lagi bahagian belakang peranti itu dilihat dilengkapi kemasan emas dengan logo Xiaomi di bahagian bawahnya.

Mengenai spesifikasi, peranti boleh lipat baharu Xiaomi ini dijangka akan dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal dan sensor Omnivision OV60A ½.8” untuk kamera telefoto 2x.

Peranti ini dikatakan menyokong pengecasan tanpa wayar, dan terdapat juga perlindungan terhadap air.

Mix Flip
Peranti ini dijangka dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3. Malah terdapat juga laporan mencadangkan ia akan mendapat sokongan sambungan satelit.

Berkemungkinan besar yang Xiaomi akan melancarkan Mix Flip bersama-sama dengan Mix Fold 4.

Fold 4 yang merupakan generasi keempat dikatakan akan mendapat cip Snapdragon 8 Gen 3 yang sama seperti Mix Flip.

Spesifikasi kameranya juga akan serupa dengan Mix Flip dengan penambahan lensa telefoto 12MP ultrawide dan 10MP periskop.

Selain itu, kedua-dua Xiaomi boleh lipat Xiaomi yang akan datang dikatakan sangat nipis, mungkin menjadikannya paling nipis di pasaran semasa dikeluarkan nanti.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY