Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej LG V40 ThinQ Tersebar, Memaparkan Lima Kamera & Takuk Yang Tersembunyi (Kemaskini)

Imej LG V40 ThinQ Tersebar, Memaparkan Lima Kamera & Takuk Yang Tersembunyi (Kemaskini)

Diterbitkan September 27, 2018 · Dikemas kini September 27, 2018 oleh Haikel Areff

Cuma tinggal lebih kurang satu minggu sahaja lagi sebelum LG melancarkan peranti premium terbaru mereka, LG V40 ThinQ yang dijadualkan pada 3 Oktober ini.

Seperti kebiasaannya, semakin hampir peranti itu dengan tarikh pelancarannya, semakin banyak maklumat mengenainya tertiris atas talian. Baru-baru ini, satu gambar yang dilaporkan imej sebenar LG V40 ThinQ turut tersebar di arena internet.

Imej LG V40 ThinQ Tersebar, Memaparkan Lima Kamera & Takuk Yang Tersembunyi (Kemaskini)Kredit : @evleaks

Menurut imej tersebut, LG V40 ThinQ ini akan hadir dengan lima kamera iaitu dua kamera swafoto dan tri-kamera utama. Selain itu, ia juga mempunyai rekaan skrin bertakuk namun dalam imej berkenaan, ia kelihatan tersembunyi.

Peranti ini juga dijangka akan didatangkan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845, imbasan cap jari di belakang peranti serta saiz skrin yang lebih besar berbanding LG G7 sebelum ini. Untuk rekod, paparan skrin G7 adalah bersaiz 6.1-inci.

Memandangkan peranti ini akan diperkenalkan secara rasmi tidak lama lagi, kami menjangkakan lebih banyak maklumat mengenainya akan terdedah dalam masa terdekat. Maka, teruskan bersama kami untuk berita terkini dunia teknologi tempatan dan antarabangsa.

*Kemaskini

Ini video yang dimuat naik di laman YouTube LG Korea.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) EV Tanpa Pemandu Di China Didakwa Cuba Parkir Kenderaan Secara Autonomi Sebanyak 868 Kali
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
  • XPENG Perkenal IRON, Akan Mula 'Bekerja' Di Bilik Pameran Kenderaan Pada 2027
©2026 WISER.MY