Imej Ini Dikatakan Rekaan Sebenar Xiaomi Mi Band 5

Mi Band, penjejak kesihatan daripada Xiaomi sememangnya cukup popular di pasaran kerana menawarkan sejumlah ciri baik pada harga yang berbaloi untuk dimiliki.

Sudah berada pada generasi ke-4, khabar angin mengenai model terbarharu iaitu Mi Band 5 pun mula kedengaran, hatta sejak Ogos tahun lalu lagi. Antara perkembangan terkini adalah imej yang dikatakan rekaan sebenar Mi Band 5 memperlihatkan paparan yang sedikit besar daripada model sebelumnya.



Menerusi imej diatas juga kita boleh melihat, ia menggunakan pengecasan pada sisi peranti, seakan-akan berbalik semula pada kaedah yang digunakan pada Mi Band 2 dan 3. Berbeza dengan Mi Band 4 dimana fungsi pengecasannya berada dibahagian bawah.

Ura-ura menyatakan harga jualan peranti ini untuk pasaran China adalah sekitar 200 yuan, kira-kira ~RM122 mengikut tukaran matawang semasa.

Sumber: Weibo