Pernahkah anda berdepan dengan insiden tersalah hantar e-mel? Anda mungkin secara tidak sengaja menghantar kandungan e-mel yang salah kepada penerima.
Atau anda mungkin juga pernah tersalah hantar ke alamat e-mel pengguna lain yang tak sepatutnya terima e-mel tersebut.
Jadi, bagi membantu penggunanya menarik semula e-mel yang dihantar itu, Gmail menyediakan ciri yang dikenali sebagai ‘Undo send‘ kepada penggunanya.
Tetapan default tempoh masa bagi ciri ‘Undo send‘ dalam Gmail adalah selama 5 saat sahaja. Tetapi anda boleh menukarkan tetapan tersebut untuk tempoh lebih lama.
Anda boleh lakukannya dengan ikuti langkah berikut:-
1. Di bahagian kanan atas antaramuka Gmail, klik pada ikon Settings dan ‘See all settings’.
2. Kemudian di Settings Gmail, anda bolehlah membuat tetapan tempoh masa yang akan membolehkan anda menarik balik hantaran e-mel yang dibuat anda itu di bahagian ‘Undo Send‘.
3. Selesai tetapan, klik pada ‘Save changes’.
Notifikasi seperti di atas akan dipaparkan dalam tempoh masa ‘Undo Send‘. Jadi, sekiranya anda sedar berlaku kesilapan pada e-mel yang telah dihantar, segeralah klik pada butang Undo tersebut.
Sedikit mengecewakan adalah tetapan tempoh masa yang diberikan bagi membatalkan hantara e-mel yang dibuat di Gmail.
Ia adalah sangat singkat iaitu hanya dari 5 saat hingga 30 saat sahaja tempoh diberikan untuk anda menarik balik e-mel yang dihantar itu.
Jadi, anda perlulah segera sedar jika berlaku kesilapan pada e-mel yang telah dihantar itu.
Jika terlebih dari tempoh masa yang diberikan itu, maka anda tidak lagi boleh menarik balik e-mel yang telah dihantar.
Untuk pengetahuan anda, tetapan ‘Undo Send‘ ini mula diperkenalkan Google di Gmail dalam tahun 2015 lagi.
Walaubagaimanapun, tetapan ‘Undo Send‘ hanya boleh diakses menerusi Gmail di pelayar sahaja. Tidak pada aplikasi Gmail untuk peranti Adroid atau iOS.