Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
laptop slow

Ikuti Dua Langkah Mudah Ini Untuk Lajukan Komputer Peribadi Anda

Diterbitkan Mac 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Adakah anda berasakan komputer peribadi mengalami prestasi yang tidak memberangsangkan atau tidak berapa laju?

Mungkin juga anda tidak mahu mengeluarkan wang untuk menaik taraf perkakas seperti bertukar dari HDD kepada SSD.

Oleh itu, ini adalah cara yang mudah dan jimat bagi mengembalikan prestasi dan memberikan pengalaman lebih baik pada komputer anda.

Pertama sekali, tekan Windows+R pada papan kekunci anda. Kemudian masukkan “Temp“ dan klik OK.

Ikuti Dua Langkah Mudah Ini Untuk Lajukan Komputer Peribadi Anda

Seterusnya, anda perlu pilih semua dengan tekan CTRL+A dan tekan Shift+Delete serta klik Yes.

Ikuti Dua Langkah Mudah Ini Untuk Lajukan Komputer Peribadi Anda

Kedua, lakukan perkara yang sama dengan tekan Windows+R. Selepas itu, masukkan “%Temp%” pula.

Ikuti Dua Langkah Mudah Ini Untuk Lajukan Komputer Peribadi Anda

Ulangi seperti langkah pertama dengan CTRL+A, kemudian tekan Shift+Delete dan klik Yes.

Ikuti Dua Langkah Mudah Ini Untuk Lajukan Komputer Peribadi Anda

Anda tidak perlu risau jika membuang semua fail tersebut kerana ia hanyalah fail sementara (temporary files).

Selain daripada memberikan prestasi lebih baik, cara ini juga dapat mengembalikan sedikit ruang storan yang telah diambil fail tersebut.

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY