Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iFlix Melebarkan Sayap Mereka Ke Afrika

iFlix Melebarkan Sayap Mereka Ke Afrika

Diterbitkan Jun 6, 2017 oleh Haikel Areff

iflix telah mengumumkan mereka kini akan melebarkan sayap mereka ke negara Afrika. iflix Afrika akan berpangkalan di Cape Town, South Africa dengan perancangan pelancarannya di negara-negara seperti Nigeria, Ghana, Kenya, Tanzania dan Zimbabwe dan banyak lagi dalam masa terdekat.

Pelancaran secara komersial servis SVoD iflix ini akan bermula pada suku ke-2 dan ke-3 tahun ini. iflix seperti yang kita tahu merupakan sejenis servis penstriman movie seperti Netflix yang memaparkan beberapa jenis rancangan TV dan filem.

iFlix Melebarkan Sayap Mereka Ke Afrika

iflix yang dilancarkan pada bulan May 2015 yang lalu dengan pantasnya menjadi salah satu servis penstriman yang dominan di Asia Tenggara. Bermula dengan 18 buah negara Asia kurang daripada 2 tahun ianya diperkenalkan.

Pada Mac 2017, iflix turut mengumumkan penerimaan dana sebanyak 90 juta USD untuk memperkembangkan servis mereka ke seluruh dunia. Pelabur yang turut sama membantu adalah seperti Liberty Global Group dan Zain Group.

Mark Britt, CEO iflix berkata ” Penubuhan iflix di negara Afrika adalah salah satu langkah dalam memperbesarkan sayap mereka ke seluruh dunia. Menjelang tahun 2020, negara Afrika akan mempunyai 720 juta pengguna telefon pintar dan internet. Jadi fokus kami di negara Afrika adalah satu langkah yang perlu kami lakukan secepat mungkin”.

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY