Terbaru, komit pada kod sumber operasi itu mendedahkan sistem operasi itu kini sedang diuji menggunakan telefon Honor Play. Ini bermakna pembangun-pembangun sedang menggembangkan sokongan sistem operasi itu kepada telefon pintar yang menggunakan cip Kirin keluaran Huawei.
Berita baiknya, sistem operasi itu berjaya hidup di telefon pintar terbabit yang memberi makna Fuchsia juga mungkin boleh hidup di telefon-telefon cip Kirin970 yang lain seperti Mate 10, P20, P20 Pro dan Honor 10.
"Berjaya hidupkan zircon pada telefon pintar Honor Play dengan cip kirin970", tulis jurutera Huawei pada komit awam terbabit. Namun pembangunan berkenaan tidak menceritakan lanjut apakah sistem operasi berjaya berjalan dengan jayanya di dalam Honor Play.
Dari komit tersebut, kita boleh lihat Huawei menunjukkan komitmen terhadap projek Google ini dan mungkin akan terus menyokongnya.
Ramai yang berspekulasi bahawa Fuchsia tidak lama lagi akan menggantikan Android sebagai sistem operasi telefon pintar. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa Fuchsia akan turut menggantikan Chrome OS.
Sekiranya anda ingin tahu bagaimana rupa Fuchsia, boleh tengok video dibawah.
https://www.youtube.com/watch?v=7yiAqqy--wg
Berkaitan
- Maybank Tampil Dengan Aplikasi Berwajah Baru, Lebih Menarik
- Telefon Huawei Sedia Ada Masih Boleh Menggunakan Play Store & Servis Google Lain - Jurucakap Google
- Google Secara Senyap Cipta Sistem Pengoperasian Baharu, Fuchsia
- Google Sambut Hari Bumi Sedunia Dengan Doodle Penuh Pengajaran
- Walmart Beli Jet.com Dengan Harga RM 12 Billion Untuk Bersaing Dengan Amazon
- Control Kini Percuma di Epic Game Store, Tetapi Hanya Untuk Masa Yang Singkat Sahaja
- TechRax Jatuhkan iPhone 7 Plus Dari Burj Khalifa
- Kini Ada Aplikasi Yang Boleh 'Tunjukkan' Wajah Seseorang Itu Tanpa Mekap
- Celcom Kata Masalah Sambungan Data Membabitkan Facebook, WhatsApp & Instagram Telah Selesai
- Telekom Malaysia Buat Kejutan Untuk Pelanggan Unifi, Streamyx & TM Homeline Dengan Upgrade Kelajuan Percuma