Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2017-01-21 at 11.40.54 PM

Telekom Malaysia Buat Kejutan Untuk Pelanggan Unifi, Streamyx & TM Homeline Dengan Upgrade Kelajuan Percuma

Diterbitkan Januari 21, 2017 · Dikemas kini Januari 22, 2017 oleh salor30

Kuala Lumpur, 21 Jan – Telekom Malaysia(TM) baru-baru ini membuat kejutan buat pelanggan servis Unifi, Streamyx dan TM Homeline dengan menaik taraf kelajuan internet secara percuma.

Kejutan itu dinamakan sebagai Thank You Suprise (Kejutan Terima Kasih).

Menurut pautan https://www.tm.com.my/thankyousurprise/, kejutan itu bertujuan untuk berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan syarikat gergasi internet Malaysia kerana mempercayai servis mereka selama ini.

Bagaimanapun, pelanggan perlu terlebih dahulu mengisi satu borong di pautan terbabit bagi menuntut penambahan kelajuan itu.

tm

Menerusi ruangan FAQ pula, TM menjelaskan kempen ini merupakan satu inisiatifnya dibawah Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2017 baru-baru ini.

Penulis juga turut cuba menuntut kejutan itu dan kelajuan internet akan dinaik taraf dari 30Mbps kepada 50Mbps secara percuma. Menurut emel yang diberikan oleh TM, penambahbaikan ini akan diberi bermula pada bulan berikutnya.

Menurut TM, penambahan kelajuan ini diberikan tanpa sebarang penambahan kos dan tanpa penambahan kontrak.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tm.com.my/thankyousurprise/.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY