Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Secara Senyap Cipta Sistem Pengoperasian Baharu, Fuchsia

Google Secara Senyap Cipta Sistem Pengoperasian Baharu, Fuchsia

Diterbitkan Ogos 14, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh salor30
Google Secara Senyap Cipta Sistem Pengoperasian Baharu, Fuchsia

15 Ogos – Syarikat gergasi, Google dilaporkan sedang membina satu sistem pengoperasian baharu, dan berbeza dengan sistem operasi lain, sistem baharu itu dikatakan tidak berasaskan kernel Linux.

Biarpun Google masih belum mengumumkan apa-apa tentang sistem itu, ia telah memberikan sedikit butiran tentang projek Fuchsia itu di Github.

“Pink + Purple == Fucshia (a new Operating System)“, tulis mesej kriptik pada projek Github itu.

Portal Android Police telah meneliti dokumentasi yang dilampirkan bersama projek tersebut dan menemui sesuatu yang agak menarik iaitu – sistem baharu itu menggunakan kernel Magenta baharu, yang dicipta khusus bagi bersaing dengan sistem pengoperasian IoT seperti FreeRTOS atau ThreadX. Namun apa yang menarik, kernel Magenta itu direka untuk berfungsi di peranti telefon pintar hingga ke komputer.

Sementara itu, Dart digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan utama manakal sokongan Flutter menunjukkan sistem operasi itu akan menggunakan Rekabentuk Material sebagai antaramuka pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY