Sejak kebelakangan ini, pengguna Celcom merungut tentang masalah kelembapan data apabila mereka mengguna Facebook, WhatsApp dan Instagram.
Terkini, Celcom dalam satu kenyataan berkata mereka telah menyelesaikan masalah itu.
“Kami sangat berbesar hati mahu berkongsi bahawa kami telah berjaya memulihkan isu sambungan data yang menjejaskan pengalaman anda di Facebook, WhatsApp dan Instagram.
“Facebook dan Celcom sedang bekerjasama untuk penaiktarafan seterusnya bagi memantapkan pengalaman anda di Facebook, WhatsApp dan Instagram. Kami mensasarkan untuk menyiapkan naik taraf ini pada 28 April 2017.
Malah, syarikat telco itu juga berkata pihaknya akan memberi pengguna penggunaan percuma untuk Facebook dan WhatsApp kepada semua pelanggan Celcom.
“Kami akan memberikan satu minggu (penggunaan) Facebook dan WhatsApp percuma kepada semua pelanggan Celcom. Tiada kuota internet akan ditolak untuk Facebook dan WhatsApp pada minggu terbabit. Kami akan sahkan tarikh pada Selasa, 25 April ini.
“Sokongan anda membawa banyak makna untuk kami dan terima kasih kerana bersabar”, tulis kenyataan itu.
Lihat kenyataan asal di https://www.facebook.com/celcom/