Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2017-04-22 at 10.24.26 PM

Google Sambut Hari Bumi Sedunia Dengan Doodle Penuh Pengajaran

Diterbitkan April 22, 2017 oleh salor30

Tanggal 22 April merupakan tarikh yang dikhaskan untuk Hari Bumi Sedunia. Apa yang ingin dititik beratkan pada hari tersebut adalah memperingati bumi serta memberi kesedaran kepada umum untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan planet tersebut.

Google juga tidak mahu ketinggalan dalam menyertai kempen ini. Hari ini, gergasi teknologi itu memuat naik satu Doodle khas sempena Hari Bumi.

Ringkasnya, Doodle itu menceritakan tentang seekor musang dan rakan-rakannya yang sedar akan kepentingan untuk menjaga bumi. Antara pengajaran yang diberi dalam Doodle itu termasuk:

1 – Kesedaran untuk menanam kembali pokok.

Screen Shot 2017-04-22 at 10.14.41 PM

 

2 – Memakan buah dan sayur hijau boleh mengurangkan pembuangan sisa.

Screen Shot 2017-04-22 at 10.15.15 PM

 

3 – Berkongsi kenderaan boleh membantu dalam mengurangkan pencemaran udara.

Screen Shot 2017-04-22 at 10.18.55 PM

 

4 – Gunakan tenaga alternatif!

Screen Shot 2017-04-22 at 10.19.02 PM

 

5 – Gunakan tenaga dengan lebih optimum. Contoh: Tutup lampu bila tidak digunakan.

Screen Shot 2017-04-22 at 10.19.11 PM

Untuk melihat Doodle itu secara penuh, boleh layari google.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY