Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei mate x5

Huawei Pintas Samsung Dalam Pasaran Telefon Boleh Lipat Global

Diterbitkan Mei 30, 2024 · Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data dari counterpoint, Huawei telah berjaya mengatasi Samsung Electronics untuk berada di tempat pertama dalam pasaran telefon boleh lipat global untuk suku pertama tahun ini.

Kehadiran telefon boleh lipat Huawei dalam pasaran telah melonjak sebanyak 257% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus mengatasi Samsung.

Huawei menerajui dalam pasaran telefon boleh lipat secara keseluruhan dengan mendominasi segmen untuk peranti lipat menegak (fold) dan kehadiran peranti boleh lipat 5G mereka mendorong peningkatan tersebut.

Samsung pula walaupun berlaku penurunan sebanyak -42% dalam bahagian pasaran tahun ke tahun, Samsung Electronics masih menguasai dalam pasaran telefon flip atau clamshell, gaya telefon dilipat secara mendatar. Antara faktornya adalah disebabkan harga yang lebih mampu milik bagi segmen clamshell.

Huawei Pintas Samsung Dalam Pasaran Telefon Boleh Lipat Global

Meneliti prestasi syarikat, Motorola Lenovo turut menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan yang luar biasa sebanyak 1473% menerusi peranti boleh lipat siri Razr.

Kadar pertumbuhan ketara lain turut dicatatkan oleh Honor (+460%) yang mana Magic V2 model popular di pasaran Eropah untuk suku pertama (Q1) 2024.

Walaupun Samsung adalah antara terawal memperkenalkan telefon boleh lipat secara global pada tahun 2019 dahulu dengan pernah mencapai 60 hingga 70% bahagian pasaran tetapi kini mereka menghadapi persaingan sengit daripada syarikat telefon pintar dari China.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia - Tinjauan

Sumber: counterpointresearch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY