Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

Diterbitkan Mac 14, 2019 ยท Dikemas kini Mac 14, 2019 oleh Helmi Samsuri

Model baru dalam siri Nova kini telahpun rasmi untuk pasaran tempatan. Acara yang berakhir sebentar tadi memperlihatkan Huawei Nova 4e yang mana ia bakal dijual bermula Sabtu ini.

Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

Rekaan mirip seperti Nova 4, model ini didatangkan dengan skrin paparan 6.15 inci FHD+ dengan cip pemprosesan Kirin 710, RAM 6GB beserta storan 128GB.

Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199
Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

 

Bahagian kamera belakang diletakkan dengan tiga lensa kamera, menggabungkan sensor 24MP (f/1.8), 8MP (f/2.2) dan 2MP (f/2.4). Takuk pada skrin paparan pula menempatkan sensor 32MP (f/2.0).

 

Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199
Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

Huawei Nova 4e turut mempunyai slot dwi sim dan bicu audio 3.5mm. Ia dijana dengan bateri berkapasiti 3340mAh dengan sokongan Quick Charge serta ditawarkan dengan pilihan warna Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue.

Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

Harga jualan adalah RM 1199 dan anda boleh dapatkannya bermula 16 Mac 2019.

Huawei Nova 4e Mula Ditawarkan 16 Mac Ini Pada Harga RM1199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY