Huawei Nova 4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Huawei telah memperkenalkan satu lagi model dibawah siri menfokuskan swafoto merek, Huawei Nova 4 di China pada pertengahan bulan lepas.

Menurut perkembangan terbaru, peranti berkenaan bakal hadir ke pasaran Malaysia pada 16 Januari ini.



Ia telah disahkan sendiri oleh pihak Huawei Malaysia menerusi satu kiriman di laman Facebook rasmi mereka baru-baru ini.

Keluaran terbaru Huawei ini didatangkan dengan cip Kirin 970 serta dua pilihan tetapan tiga kamera utama iaitu 48MP f/1.8 + 16MP lensa super-luas + 2MP sensor kedalaman manakala lensa 20MP akan menggantikan 48MP pada satu lagi tetapan.

Selain itu, Nova 4 ini akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 18W.

Kapsyen: Digit


Di China, model ini ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Aurora Blue, Red, White dan Black serta dipasarkan pada tanda harga sekitar CNY3,999(~RM2,408) bagi model 48MP manakala CNY3,099(~RM1,866) untuk model 20MP.

Seperti biasa, variasi dan harga yang akan ditawarkan di Malaysia hanya akan diketahui pada majlis pelancarannya kelak.

 

Sumber: Huawei Malaysia