Lenovo Phab 2 Plus Dilancarkan Di India Dengan Paparan 6.4 Inci

Lenovo telah pun melancarkan Phab 2 Plus secara rasmi di India semalam. Phablet baru dari Lenovo ini bakal berharga Rs. 14,999 iaitu lebih kurang RM 950. Ianya akan dijual melalui Amazon India bermula 8 November, hari selasa lepas. Lenovo menawarkan dua pilihan warna untuk Phab 2 Plus iaitu Champagne Gold dan Gunmetal Grey. Lenovo Phab 2 sebenarnya telah dipamerkan pada bulan June yang lepas bersama model Lenovo Phab 2 dan Lenovo Phab 2 Pro.

Antara yang menarik tentang Phab 2 Plus ini adalah semestinya paparan skrin sebesar 6.4 inci dengan sokongan HD penuh dan resolusi 1080x1920 pixel. Phab 2 Plus juga bakal menampilkan paparan lengkung 2.5D,  dwi-kamera dengan 13 Mega-pixel dan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 4050mAh. Phablet ini juga akan memiliki fungsi sensor cap jari di bahagian belakang telefon.

 

lenovo-phab-2-plus-840x653

Phablet dengan sokongan dwi-sim kad ini akan dijalankan dengan Android 6.0 Marshmallow bersama sokongan Lenovo Vibe UI. Ianya akan dibina dengan pemproses MediaTek MT8783 SoC octa-core pada kadar 1.3GHz. Saiz RAM pula ialah 3GB. Jika dilihat dari segi spesifikasi, phablet ini tidaklah mempunyai kuasa yang besar, namun sudah cukup untuk kegunaan tanpa 'lagging'. Ianya menawarkan 32GB storan dalaman dengan penambahan storan menggunakan kad microSD (sehingga 128GB).

Dengan dwi-kamera 13 Mega-pixel yang dibina oleh pemproses imej Fujitsu Milbeaut, ianya akan disokong dengan dwi LED flash, PDAF, laser auto fokus dan aperture pada kadar f/2.0. Kamera depan pula bersaiz 8 Mega-pixel dengan f/2.2. Phab 2 Plus juga memiliki sokongan 4G LTE, Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 4.0. Peranti ini memiliki ukuran 174x88x5.5mm dan berat sebanyak 218 gram. Ianya juga dilengkapi dengan sensor seperti  accelerometer, ambient light sensor, gyroscope, proximity sensor, dan magnetometer.

Kepada penggemar phablet, sudah semestinya Phab 2 Plus menjadi pilihan anda dengan harga mid-range anda boleh memiliki sebuah phablet yang mempunyai paparan yang besar. Namun jika anda pentingkan perisian, hardware dan kamera, anda mungkin perlu beralih arah kepada Huawei P9 Plus atau Xiaomi Mi Max.