Huawei Nafi Laporan Bersedia Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple

Diantara syarikat yang sudah mempersiapkan peranti mereka kearah rangkaian 5G adalah Huawei melalui cip modem Balong 5000.

Ia kini sudah dilengkapkan pada WiFi Hotspot 5G serta peranti boleh lipat, Huawei Mate X. Terdahulu, terdapat laporan yang menyatakan syarikat ini sedia membekalkan modem tersebut kepada Apple.

Perkara itu telah dinafikan oleh Huawei pada satu sesi soal jawab dimana syarikat itu masih kekal dengan strategi mereka iaitu cip digunakan pada produk sendiri serta menjelaskan, tiada komunikasi antara syarikat dan Apple berkenaan modem 5G.

Intel pembekal modem 4G untuk iPhone ketika ini dilaporkan telah mengumumkan akan meninggalkan pasaran modem 5G telefon pintar dan memberi fokus kepada modem 4G dan 5G untuk komputer dan perkakasan rumah pintar. Difahamkan juga, pertelingkahan antara Apple dan Qualcomm sudah menemui jalan penyelesaian.

Sumber: GSMArena