Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Daftar Tanda Dagang ‘MATEDRIVE’ Dan ‘MATEAUTO’

Huawei Daftar Tanda Dagang ‘MATEDRIVE’ Dan ‘MATEAUTO’

Diterbitkan Februari 5, 2021 oleh Helmi Samsuri

Penglibatan jenama pengeluar telefon pintar didalam arena pembuatan kereta merupakan sesuatu yang menarik untuk didengar. Beberapa hari sudah kita telah disajikan dengan berita mengenai spesifikasi yang mungkin dilengkapkan pada Apple Car, kerjasama antara Apple dan Hyundai.

Kini, terdapat pula perkhabaran Huawei sedang membuat permohonan tanda dagang ‘MATEDRIVE’ dan ‘MATEAUTO’. Permohonan tersebut turut disertakan dengan beberapa maklumat seperti “instrumen saintifik dan alat pengangkutan” serta “pemanduan, peranti transmisi”.

Huawei Daftar Tanda Dagang ‘MATEDRIVE’ Dan ‘MATEAUTO’

Difahamkan juga, Huawei sebelum ini ada menerbitkan paten mengenai teknologi pemanduan autonomi selain telah mengadakan ujian jalan raya pintar. Ia melibatkan pembangunan infrastruktur jalan raya yang berhubung dengan kenderaan melalui penggunaan sensor.

Walaubagaimanapun, permohonan tanda dagang diatas adalah pertama kali dibuat oleh Huawei berkaitan dengan pemanduan. Kita mungkin perlu menunggu sama ada mereka akan terlibat sama dalam pembangunan kenderaan autonomi kelak.

Sumber: IT HomeĀ 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY