Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Mengaku Markah Penanda Aras Honor Play Dimanipulasi, Punya Alasan Tersendiri Untuk Melakukannya

Huawei Mengaku Markah Penanda Aras Honor Play Dimanipulasi, Punya Alasan Tersendiri Untuk Melakukannya

Diterbitkan September 6, 2018 oleh Haikel Areff

Penipuan atau manipulasi memang seringkali berlaku dalam dunia pemasaran tanpa mengira industri. Industri teknologi dan maklumat juga tidak terlepas daripada gejala ini. Yang terkini, Huawei telah dikesan mengubah keputusan penanda aras bagi peranti keluaran Honor iaitu Honor Play.

Huawei Mengaku Markah Penanda Aras Honor Play Dimanipulasi, Punya Alasan Tersendiri Untuk MelakukannyaKredit : Tech4Geeks

Menurut laporan Anandtech, Huawei mengakui telah melakukannya namun turut mendakwa bahawa mereka bukanlah satu-satunya pembangun yang melakukan ‘penipuan’ dalam proses pemasaran peranti.

Malah, mereka turut mempunyai alasan tersendiri mengenai perkara ini. Menurut Huawei, mereka sentiasa akan lebih mementingkan pengalaman pengguna yang baik daripada markah penanda aras yang tinggi.

Menurut mereka, peranti Huawei dan Honor menggunakan teknologi terkini seperti AI yang akan mengoptimumkan prestasi peranti termasuk perkakasan termasuk CPU, GPU dan NPU mengikut kesesuaian.

Honor Play – Sebuah Lagi Telefon Pintar Gaming Dilancarkan Di China

Sebagai contoh, apabila perisian peranti Huawei mengesan aplikasi penanda aras, ia akan mengaktifkan ”Performance Mode” secara automatik. Ia sekaligus akan mengoptimumkan prestasi peranti ke tahap terbaik.

Akhirnya, kepuasan dalam penggunaan juga yang lebih penting berbanding markah penanda aras. Bagaimana pula dengan anda? Adakah markah penanda aras ini mempengaruhi keputusan anda dalam membeli peranti terbaik? Kongsikan bersama kami di ruang komen.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY