Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-03-27 at 11.52.28 AM

Huawei Memperkenalkan Cermin Mata Pintar, Bakal Dilancarkan Pada Julai

Diterbitkan Mac 27, 2019 oleh Haikel Areff

Seperti yang kita tahu, Huawei telah mengadakan satu acara khas bagi merasmikan model flagship mereka, Huawei P30 dan P30 Pro di Paris baru-baru ini.

Dalam pada itu, mereka juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan cermin mata pintar dalam acara berkenaan.

Screenshot 2019-03-27 at 11.55.27 AM

Ia dibangunkan hasil kerjasama Huawei dengan pihak Gentle Monster, sebuah syarikat pengeluar cermin mata terkemuka dari Korea Selatan.

Melihat kepada rekaannya, cermin mata pintar itu kelihatan bergaya dan menawan, sama seperti cermin mata biasa yang berada dipasaran.

Walaubagaimanapun, beberapa komponen elektronik sebenarnya telah dipasang di bahagian tangkainya seperti antenna, pembesar suara, mikrofon dan bateri.

Screenshot 2019-03-27 at 11.53.47 AM

Bercakap mengenai bateri, cermin mata pintar ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2200mAh yang boleh dicas melalui bekas simpanannya atau menggunakan port USB Type-C.

Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai harga dan tarikh rasmi pemasarannya namun ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi selewat-lewatnya pada Julai depan.

 

Sumber: Huawei Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY