Huawei Mate 9 Dan P10 Akan Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo Tidak Lama Lagi

Huawei baru-baru ini telah melancarkan peranti telefon phablet mereka yang terbaru iaitu Huawei Mate 10. Peranti ini merupakan peranti pertama dari Huawei yang disertakan dengan sistem perisisan Android 8.0 Oreo yang terbaru.

Huawei seterusnya mengumumkan peranti mereka yang lain yang akan mendapat kemaskini perisian Android 8.0 Oreo iaitu Huawei Mate 9, Mate 9 Pro, P10 dan P10 Plus. Mereka akan mengemaskini sistem perisian untuk peranti Mate 9 terlebih dahulu yang dijangka akan menemui pengguna dalam waktu 3 ke 4 minggu lagi dan P10 dalam masa terdekat.

Huawei juga merancang untuk mengemaskini tampalan keselamatan setiap bulan untuk peranti telefon pintar mereka yang utama sementara peranti pertengahan setiap 2 bulan sekali.

Dalam masa yang sama, Huawei berkata yang sistem antara muka mereka yang akan datang, EMUI 8.0 membolehkan aplikasi dapat dibuka dengan cepat sementara peruntukan kuasa dan prestasi peranti meningkat sehingga 12%.