Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Battlefield V Tidak Akan Mempunyai Mod Battle Royale Sehingga Mac 2019

Battlefield V Tidak Akan Mempunyai Mod Battle Royale Sehingga Mac 2019

Diterbitkan Oktober 30, 2018 oleh Wiser MY

Electronic Arts (EA) nampaknya tanpa segan silu mensabotaj kejayaan mereka sendiri selepas mengumumkan yang mod Battle Royale untuk Battlefield V akan hadir untuk pemain mulai Mac tahun hadapan. Sebelum ini EA telah mengumumkan mod Battle Royale untuk permainan tersebut; kali pertama untuk permainan FPS sebegitu yang menyebabkan peminat-peminat Battlefield menantikan kehadiran versi terbaru francais tersebut.

Battlefield V Tidak Akan Mempunyai Mod Battle Royale Sehingga Mac 2019

EA sebelum ini mengumumkan mod Battle Royale, Firestorm akan dihadkan kepada 16 pasukan dimana setiap pasukan mengandungi 4 orang pemain jadi semuanya akan berjumlah kepada 64 orang untuk setiap sesi. Battlefield merupakan permainan fps bersiri AAA yang mengumumkan mod Battle Royale yang semakin terkenal selepas permainan seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds dan Fortnite membuat kemunculan.

EA juga tidak terlepas dari kontroversi selepas permainan Star Wars: Battlefront II yang menampilkan transaksi mikro dalam permainan menjadi perbualan dari peminat permainan sehingga ahli politik seluruh dunia.

Apa-apa pun kita nantikan hasil kesudahan permainan Battlefield ini terutamanya mod Battle Royale mereka yang akan muncul seawal-awalnya pada Mac tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY