Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Mate 70 Pro Dijangka Ada Naik Taraf Banyak Untuk Kamera

Posted on Ogos 30, 2024Ogos 30, 2024

Huawei dilihat bakal melancarkan Mate 70 Pro, dan pelancaran ini dijangka tidak lama lagi kerana sudah terlihat banyak info tentangnya sudah disebarkan. Turut memperlihatkan juga reka bentuk baharu Mate 70 Pro serta perbandinganya dengan Mate 60 Pro.

Berdasarkan laporan, rekaan Mate 70 Pro masih mengekalkan reka bentuk yang minimalis seperti Mate 60 Pro dahulu. Modul kamera bulat ikonik masih menjadi ciri utama dalam rupa kali ini, tetapi Mate 70 Pro memperkenalkan sedikit modifikasi, termasuk tulisan “AI-DC” yang menunjukkan potensi peningkatan dalam fungsi AI dan pemprosesan digital. Selain itu, posisi lampu flash LED juga kelihatan diubah dalam Mate 70 Pro.

Mate 70 Pro mungkin dilengkapi dengan cip Kirin 9100 yang baharu, peningkatan yang ketara dari Kirin 9000S dalam Mate 60 Pro. Peningkatan ini dijangka memberikan kuasa pemprosesan yang lebih baik, kecekapan tenaga yang lebih tinggi, dan kemampuan AI yang dipertingkatkan, adalah peningkatan dari segi prestasi untuk Mate 70 Pro.

Dari sudut fotografi, kamera depan peranti ini dilengkapi 48MP, berbanding 32MP pada Mate 60 Pro dahulu. Pada bahagian belakang, Mate 70 Pro mungkin menampilkan sensor utama 60MP, serta lensa ultra-lebar 48MP dan telefoto 48MP.

Oleh yang demikian, kita sememangnya dapat menjangkakan yang Huawei Mate 70 Pro sememangnya memfokuskan kamera. Buat masa sekarang, kita tunggu sahaja bila ia akan diumumkan.

{suggest}

Sumber : techboiler

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress