Huawei Mate 20 Pro Habis Ditempah Dalam Masa Cuma Beberapa Jam

Semua sedia maklum bahawa Huawei Malaysia mula membuka pra-tempahan bagi siri Mate 20 mereka semalam. Sambutan yang diterima adalah amat memberangsangkan terutamanya bagi model Mate 20 Pro.

Mana tidaknya, Huawei mengesahkan bahawa slot pra-tempahan bagi model itu di laman sesawang mereka dan Lazada telah penuh selepas hanya beberapa jam pra-tempahan dibuka.



Huawei Mate 20 Pro yang dipasarkan pada harga RM 3,599 jelas berjaya menarik perhatian pembeli dengan ciri-ciri premiumnya. Ia termasuklah tiga kamera Leica di belakang peranti, kebolehan untuk mengecas peranti lain secara tanpa wayar dan kecerdasan buatannya yang dikatakan terbaik setakat ini.

Selain Mate 20 Pro, Huawei Malaysia turut menawarkan Mate 20 dan Mate 20X. Mate 20 dijual pada harga RM 2,799 dan Mate 20X pada RM 3,199. Bagaimanapun, Mate 20X hanya akan tersedia di pasaran tempatan pada 11 November nanti.

 

Sumber : Huawei Malaysia