Hanya kata dimulut...
Disebalik pengumuman Presiden A.S, Donald Trump yang mengatakan bahawa syarikat-syarikat A.S boleh kembali semula berurusan dengan Huawei bermula minggu lalu, syarikat gergasi teknologi China itu sebenarnya masih disenarai hitam oleh pentadbiran Trump.
Ia berdasarkan laporan Reuters yang mendakwa pegawai kerajaan A.S diarah supaya tidak membuang nama Huawei dari senarai entiti di Jabatan Perdagangan A.S.
Menerusi semakan yang dibuat di laman Jabatan Perdagangan A.S juga mendapati tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan penarikan keluar Huawei dari senarai entiti. Bermakna, Huawei sebenarnya masih lagi disenari hitam oleh pentadbiran Trump.
Ia juga disahkan sendiri oleh jurucakap bagi pihak Jabatan Perdagangan A.S. Maka pengumuman janji Trump sebelum ini untuk menarik sekatan terhadap Huawei telah mengelirukan industri.
Malah dilaporkan juga setakat ini belum ada arahan jelas berkenaan bagaimana pihak pegawai Jabatan Perdagangan A.S untuk bertindak berdasarkan apa yang diumumkan Trump ketika pertemuan beliau dengan Presiden China di Jepun di Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun bulan lalu.
Walaubagaimanapun penasihat perdagangan Rumah Putih, Peter Navarro memaklumkan bahawa kerajaan A.S akan membenarkan cip "berteknologi rendah" dari syarikat A.S dijual kepada Huawei selagi ia tidak memberi kesan terhadap keselamatan negara.
Beberapa Senator dari pentadbiran Trump telah respon terhadap pengumuman Trump yang menarik balik sekatan Huawei. Menurut mereka, jika Presiden Trump telah bersetuju untuk menarik balik sekatan terhadap Huawei, beliau telah membuat kesilapan besar.
Ini kerana ia hanya akan memusnahkan kredibiliti pentadbiran beliau dan tiada siapa lagi akan pernah memandang serius terhadap dakwaan yang dilemparkannya sebelum ini terhadap syarikat China tersebut.
Sumber: Gizmodo
Berkaitan
- Huawei Atasi Ericsson Dan Nokia Sebagai Pembekal Peralatan Rangkaian 5G Terbesar
- China Dilaporkan Menutup Sementara Operasi Kilang, Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL Terjejas
- Huawei Sanggup Menandatangani 'Perjanjian Tiada Intipan' Dengan Kerajaan Negara-Negara Lain
- HUAWEI MateBook 14 Dengan Ciri Skrin Sentuh Kini Di Malaysia, Pra Tempah Dibuka
- Huawei Yakin Mereka Akan Berjaya Menjual Sebanyak 270 Juta Unit Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Tahun Ini
- Huawei Malaysia Rai Pemenang Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia
- Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019
- Beratus Syarikat Teknologi A.S Menerangkan Kepada Pentadbiran Trump Kesan Buruk Perang Perdagangan Antara Amerika Dan China
- Beli HUAWEI MatePad Pro Generasi Baru Dan Terima Hadiah Bernilai RM1,300
- Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion