Huawei Mahu Menceburi Industri Automotif Selepas Perjanjian MoU Dengan Audi

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, banyak syarikat-syarikat pengeluar kenderaan sudah mula menggiat usaha mereka untuk menghasilkan kerete pintar. Ia termasuklah syarikat pengeluar kereta mewah terkenal dari Jerman iaitu Audi.

Mereka sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan model kereta yang hadir dengan fungsi Android. Malah, Audi juga telah membuat satu perjanjian persefahaman(MoU) dengan Nvidia bagi mencipta satu sistem kecerdasan buatan automotif.


Kredit : Huawei


Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Huawei juga telah memeterai MoU bersama Audi. Perjanjian itu dikatakan bertujuan untuk kerjasama dalam menghasilkan teknologi kereta pintar khususnya untuk pembangunan satu sistem selular baru iaitu LTE-V yang dicipta khas untuk kenderaan.

Tiada maklumat berkaitan jumlah wang yang terlibat dalam perjanjian ini. Bagaimanapun, MoU ini penting bagi kedua-dua syarikat bagi membantu meningkatkan reputasi jenama masing-masing terutamanya di pasaran Jerman bagi Huawei dan China bagi Audi sendiri.

Huawei merupakan syarikat komunikasi ketiga terbesar di Jerman namun hanya menguasai 11.5% berbanding Apple(27.8%) dan Samsung(42.5%). Audi pula merupakan syarikat kereta mewah kedua terbesar bagi pasaran China yang dikuasai oleh Volkwagen.

Sumber